Friday, May 3

BORANG PERMOHONAN NIKAH

Assalamualaikum. Hello.


By next week, InsyaAllah dah boleh p hantar borang permohonan nikah dekat Pejabat Agama Daerah Kuala Muda. Sebab borang ni kena hantar sebulan sebelum tarikh kenduri memandangkan untuk bakal pengantin perempuan, ianya valid sebulan sahaja. 


Untuk Apit, dia dah ambil borang ni dekat Imam masjid qariah dia a week a go kot. Perghh, nak dapatkan borang permohonan nikah pon banyak dugaan menguji kesabaran weh. Sabaq je la nyah oiii dengan Imam! So, lepas Apit dah isi apa yang patut, Apit serahkan dekat aku pulak borang sebelah dia tuh untuk aku isi part aku, saksi, wali and tandatangan. 



Masa nak serah borang-borang tuh untuk aku isi, haha.
Muka seronok yee? Sabaq sat, tak submit lagi.



Baru pagi tadi aku serah balik dekat dia before datang office, mihmihmih terbagi lambat pulak. Kena serah dekat dia semula sebab nak suruh Imam masjid qariah Apit cop  dan tandatangan dulu, then barulah serah ke aku semula untuk aku serahkan bersama-sama dengan borang aku nanti kepada Imam masjid qariah aku pulak. Lepas dah settle dengan Imam masjid tuh baru kami boleh submit borang-borang ni ke Pejabat Agama Daerah. 


Dan untuk pihak aku pulak, kelmarin ayah baru p ambik dekat Imam masjid, hehe. So, semalam jugak aku dah isi. Semangat tak? Wakakakaka. Bukan masalah semangat, tapi ini bab paling penting weh. Lagipon, alang-alang borang Apit ada dengan aku, so senang la bagi aku nak refer. Dan baru aku tau, lain qariah lain borangnya. Ingatkan kalau dah satu daerah sama saja. Or maybe lain sebab lelaki dan perempuan taktau la, hikhok.




Ini checklist dokumen yang perlu bawak masa nak submit borang ni dekat Imam masjid dan Pejabat Agama Daerah nanti. Sumber dari website Pejabat Agama Daerah Kuala Muda.


1) Salinan Kad Pengenalan Pemohon
2) Salinan Kad Pengenalan Wali 
3) Salinan Kad Pengenalan 2 orang saksi
4) Sijil Kursus Perkahwinan yang asal dan salinan
5) Keputusan HIV dari klinik / hospital kerajaan



Itu sahaja. Suka pulak aku update blog sekarang. Update time kerja pulak tuh, wakakakaka!


Chill. Bye.


No comments: